Polis turut menahan tujuh individu terdiri empat warga tempatan serta tiga warga Indonesia, dengan lingkungan usia antara 25 hingga 46 tahun.Polis turut menahan tujuh individu terdiri empat warga tempatan serta tiga warga Indonesia, dengan lingkungan usia antara 25 hingga 46 tahun.

Sindiket dadah tumpas, polis rampas syabu RM1.35 juta di Kuching

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
rampasan dadah kuchingDadah jenis methamphetamine bernilai RM1.35 juta yang dirampas dalam serbuan sekitar Kuching dan Padawan, minggu lalu. (Gambar PDRM)

KUCHING: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Kuching dan Padawan pada 3 hingga 4 Julai lepas, dengan rampasan dadah 26.97 kg disyaki methamphetamine (syabu) bernilai RM1.35 juta.

Ketua Polis Kuching, Alexson Naga Chabu, berkata dalam operasi dari 4.35 petang hingga 12.30 tengah malam itu, polis menahan tujuh individu terdiri empat warga tempatan serta tiga warga Indonesia, dengan lingkungan usia antara 25 hingga 46 tahun.

Beliau berkata serbuan pertama di kawasan perumahan di Jalan Matang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan rampasan 60.5 gram dadah disyaki methamphetamine.

“Susulan itu, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun, dua lelaki Indonesia masing-masing berusia 37 dan 46 tahun, serta seorang wanita Indonesia berusia 34 tahun.

Pemeriksaan menemukan 5.45g dadah disyaki methamphetamine.

“Serbuan ketiga di hadapan sebuah kedai di Jalan Setia Raja, Stutong membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dengan 5.3kg dadah disyaki methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata maklumat hasil tangkapan itu, kemudian membawa kepada serbuan keempat di sebuah pangsapuri di Jalan Tabuan Tranquility, yang menemukan 21.6kg lagi dadah disyaki methamphetamine.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan mampu dibekalkan kepada kira-kira 134,500 penagih. Siasatan mendapati ahli sindiket yang ditahan menerima upah antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan sebagai runner, bagi mengedar dadah di sekitar Kuching dan Padawan,” katanya.

Alexson berkata modus operandi dipercayai menerima arahan daripada upliner untuk menghantar dadah menggunakan kaedah drop and collect, iaitu meletakkan bekalan dadah di lokasi yang ditetapkan tanpa bersemuka dengan pelanggan, bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs