Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata ada pihak mahu menang dengan apa cara sekalipun.Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata ada pihak mahu menang dengan apa cara sekalipun.

PRN Johor: Fahmi kecam pihak menyamar calon PH di Endau

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
screenshot Saiful NizamTangkap layar daripada akaun rasmi calon PH di Endau, Saiful Nizam Samat iaitu ‘Team SS’ mendedahkan identiti calon digunakan bagi berhubung dengan orang ramai. (Gambar Team SS)

PETALING JAYA: Fahmi Fadzil mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Endau, Saiful Nizam Samat.

Pengarah komunikasi PH itu berkata, ada pihak sanggup melakukan apa sahaja untuk menang PRN Johor.

“Ini tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab. Nak menang dengan apa cara sekalipun!” katanya dalam ruangan komen di hantaran Facebook rasmi Saiful Nizam.

Terdahulu, Saiful nafi menjadi pemilik kepada satu akaun WhatsApp yang bertindak menggunakan nama dan identitinya untuk berhubung dengan orang ramai.

Saiful turut memuat naik tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profilnya berserta teks: “Saya Saiful Samad bakal YB Endau”.

Beliau turut menegaskan akaun berkenaan bukan miliknya dan tiada kaitan dengan dirinya atau ‘Team SS’.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak berkongsi maklumat peribadi serta tidak membuat sebarang urusan dengan individu tersebut.

“Sekiranya menerima mesej yang meragukan, sila hubungi saluran rasmi ‘Team SS’ untuk pengesahan.”

DUN Endau menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Saiful, Hasnul Hakimi Hussien daripada Perikatan Nasional, Jati Awang (Parti Orang Asli Malaysia), dan Alwiyah Talib (Barisan Nasional).

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1543
$0.1543$0.1543
-0.64%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.