Mangsa yang maut berusia antara tujuh hingga 12 tahun manakala seorang guru wanita berusia 30 tahun turut cedera dalam kejadian di bandar Lahore.Mangsa yang maut berusia antara tujuh hingga 12 tahun manakala seorang guru wanita berusia 30 tahun turut cedera dalam kejadian di bandar Lahore.

14 murid maut bumbung pusat tuisyen runtuh di Pakistan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
14 murid maut bumbung pusat tuisyen runtuh di Pakistan afp pic 1726Sekurang-kurangnya 14 murid maut manakala beberapa yang lain cedera selepas bumbung sebuah pusat tuisyen swasta runtuh di bandar Lahore, Pakistan. (Gambar AFP)

KARACHI: Sekurang-kurangnya 14 murid maut manakala beberapa yang lain cedera selepas bumbung sebuah pusat tuisyen swasta runtuh di bandar Lahore, timur laut Pakistan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika kejadian, antara 35 hingga 40 murid berada di pusat tuisyen di Kahna, sebuah kawasan pinggir bandar berpendapatan rendah di Lahore.

Menteri Kesihatan Wilayah Punjab, Khawaja Imran Nazir berkata lebih sedozen murid berjaya diselamatkan daripada timbunan runtuhan, manakala lima lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Jurucakap Hospital Kahna mengesahkan bahawa 19 mangsa, kebanyakannya murid, dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan daripada jumlah itu, 14 disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang maut berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Seorang guru wanita berusia 30 tahun turut cedera.

Pihak berkuasa penyelamat percaya sekurang-kurangnya tujuh murid masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Rakaman yang disiarkan beberapa stesen penyiar tempatan menunjukkan anggota penyelamat menggunakan jentera ringan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Polis telah menahan dua individu, termasuk pemilik pusat tuisyen berkenaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.