Rangkaian minimarket itu dilihat berpotensi mendapat manfaat jika lebih banyak bantuan kepada rakyat diumumkan menjelang PRU16.Rangkaian minimarket itu dilihat berpotensi mendapat manfaat jika lebih banyak bantuan kepada rakyat diumumkan menjelang PRU16.

99 Speed Mart dijangka raih manfaat langkah mesra rakyat menjelang PRU16

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
99 speedmart99 Speed Mart ialah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia dengan pelbagai produk yang layak dibeli menerusi SARA.

PETALING JAYA: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd dijangka menjadi antara penerima manfaat utama sekiranya kerajaan memperkenalkan langkah populis menjelang pilihan raya umum ke-16 (PRU16), menurut sebuah firma penyelidikan.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata pengendali rangkaian pasar mini itu berada pada kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada sebarang langkah mesra rakyat sekiranya PRU16 diadakan lebih awal.

“PRU16 yang mungkin diadakan lebih awal daripada tempoh sepatutnya — yang kami jangka berkemungkinan berlaku pada suku keempat 2026 — boleh menjadi pemangkin kepada 99 Speed Mart.

“Kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak langkah mesra rakyat diperkenalkan bagi meringankan kos sara hidup, seperti skim SARA sebelum ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

HLIB berkata, sebagai rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia dengan pelbagai produk yang layak dibeli menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), 99 Speed Mart berada pada kedudukan baik untuk meraih sebahagian besar perbelanjaan tambahan pengguna.

“Kami kekal positif terhadap prospek 99 Speed Mart bagi tahun kewangan 2026, disokong daya tahannya sebagai peruncit barangan keperluan harian dan kedudukan pasaran yang kompetitif,” katanya.

HLIB mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham itu pada harga sasaran RM4.24, mewakili potensi kenaikan 20% daripada harga semasa.

Firma penyelidikan itu berkata 99 Speed Mart mencatatkan prestasi kukuh pada suku pertama tahun kewangan 2026 dan dijangka mengekalkan momentum pendapatan melalui pembukaan 250 cawangan baharu setiap tahun.

Katanya, pertumbuhan itu turut disokong rangkaian 3,089 cawangan serta kehadiran penuh syarikat berkenaan di seluruh negara.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, keuntungan bersih 99 Speed Mart melonjak 30.1% kepada rekod RM188.56 juta berbanding RM144.89 juta setahun sebelumnya.

Hasil syarikat turut meningkat 17.5% kepada RM3.07 bilion, dipacu jualan lebih tinggi dan pengembangan rangkaian cawangan yang kukuh.

HLIB berkata walaupun terdapat cabaran geopolitik di Asia Barat, 99 Speed Mart tidak membangkitkan sebarang kebimbangan terhadap operasi semasanya.

Lee Thiam WahLee Thiam Wah.

Katanya, syarikat itu juga yakin mampu memanfaatkan permintaan berdaya tahan terhadap barangan keperluan harian. Pada rehat tengah hari, saham 99 Speed Mart susut 3 sen atau 0.8% kepada RM3.53, menjadikan nilai pasarannya RM29.65 bilion. Saham itu turun 6.6% sejak awal tahun.

Bagaimanapun, saham 99 Speed Mart melonjak 114% sejak disenaraikan pada September 2024 pada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65.

IPO itu merupakan yang terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun dan menjadikan pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Thiam Wah, antara individu terkaya di negara ini.

Forbes meletakkan Lee di tangga keenam dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia, dengan nilai kekayaan bersih USD$6.6 bilion, bersamaan RM26.9 bilion.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.