Premier Sarawak berkata kerajaan persekutuan perlu mengiktiraf sumbangan dua negeri itu kepada alam sekitar.Premier Sarawak berkata kerajaan persekutuan perlu mengiktiraf sumbangan dua negeri itu kepada alam sekitar.

Sabah, Sarawak patut terima 70% hasil cukai karbon, kata Abang Jo

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
abang johari opengPremier Sarawak Abang Johari Openg berkata hutan paya bakau dan tanah gambut di Sarawak merupakan komponen penting kepada usaha penyerapan karbon Malaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Premier Sarawak, Abang Johari Openg menggesa Sabah dan Sarawak diberikan sekurang-kurangnya 70% daripada hasil cukai karbon dikutip Putrajaya memandangkan dua negeri itu merupakan penyerap karbon utama Malaysia.

Menurutnya, kerajaan persekutuan perlu mengiktiraf sumbangan dua negeri itu kepada alam sekitar.

“Kita adalah penjaga karbon dan turut menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis,” katanya menurut Borneo Post dalam satu majlis makan malam di Kuching malam tadi.

“Undang-undang perlu adil. Dasar karbon Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah hak karbon perlu dipelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, komuniti peribumi, sebagai penjaga hutan, perlu menerima manfaat secara langsung daripada dasar berkaitan karbon.

Katanya, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Putrajaya.

Jelasnya, hutan paya bakau dan tanah gambut di Sarawak merupakan komponen penting kepada usaha penyerapan karbon Malaysia. Di luar Pahang, sebahagian besar Semenanjung Malaysia kekurangan kanopi hutan luas yang mampu menyerap karbon dengan banyak.

Beliau mengulangi seruannya untuk pakatan iklim dan ekonomi membabitkan Sarawak, Sabah, Kalimantan serta Brunei, yang dicadangkannya kepada Dewan Perniagaan Indonesia tujuh bulan lalu.

“Kita memerlukan platform bersama kerana Borneo terletak di tengah-tengah Asia,” katanya.

Borneo yang juga pulau ketiga terbesar di dunia, dihuni kira-kira 23 juta penduduk dan kekal kira-kira 60% diliputi beberapa hutan hujan tertua di dunia.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002613
$0.00002613$0.00002613
-3.82%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus