Istiadat di Istana Besar Seri Menanti itu menjadi kemuncak proses adat mengikut amalan Adat Perpatih.Istiadat di Istana Besar Seri Menanti itu menjadi kemuncak proses adat mengikut amalan Adat Perpatih.

Istiadat pelantikan Undang Luak Rembau ke-22 Sabtu ini

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIRTuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti, Sabtu ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau, Sabtu ini.

Perkara itu dizahirkan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz ketika menerima menghadap Dato’-Dato’ Adat Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti, hari ini, lapor Astro Awani.

Istiadat itu akan berlangsung pada 2 petang Sabtu di Istana Besar Seri Menanti.

“Saya difahamkan pemilihan penyandang Pesaka Dato’ Undang Luak Rembau telah dilaksanakan mengikut adat yang terpakai dan diamalkan dalam Luak Rembau.

“Saya ingin sampaikan titah perkenan Ayahanda saya Tuanku Muhriz yang berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli Bagi Menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau,” titah baginda.

Istiadat itu adalah kemuncak proses adat dalam pelantikan Undang Luak Rembau selaras dengan amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengerusi Kerapatan Buapak Lapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak, Juan Zulkipli Shamsudin berkata kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah sebulat suara memilih pesara guru Hassan Ab Hamid, 67, sebagai Undang Luak Rembau ke 22.

“Duli Yang Maha Mulia tidak memanggil, tidak memilih dan tidak melantik mana-mana pihak atas kehendak baginda sendiri dan sebarang kenyataan yang menggambarkan sebaliknya merupakan salah faham terhadap adat yang telah mengatur Negeri Sembilan sejak berkurun-kurun lamanya.

“Pihak kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah mengadakan kerapatan dan telah memilih di dalam kerapatan sebanyak dua kali Kampung Tanjung sebagai benih di mana akan zahirnya Undang Luak Rembau ke-22,” katanya seperti dilaporkan.

Pemilihan Undang Luak Rembau menjadi perhatian selepas penyandangnya, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman, 83, meninggal dunia akibat sakit tua pada 15 Mei 2024.

Pemilihan Undang di Negeri Sembilan dipilih daripada calon-calon daripada Suku Biduanda yang merupakan suku asal di negeri itu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.