Kejadian di sebuah tokong di Jelutong itu turut menyebabkan penjaga tokong yang cuba meleraikan pergaduhan mengalami kecederaan.Kejadian di sebuah tokong di Jelutong itu turut menyebabkan penjaga tokong yang cuba meleraikan pergaduhan mengalami kecederaan.

Gara-gara dituduh curi telefon, lelaki putus jari diserang parang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim berkata enam lelaki tempatan telah ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B akta sama. (Gambar Johnshen Lee)

PETALING JAYA: Seorang lelaki parah diserang sebilah parang oleh sekumpulan individu di sebuah tokong di Jelutong, Georgetown kelmarin, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung kecurian sebuah telefon bimbit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila timbul pertikaian antara mangsa berusia 31 tahun dengan sekumpulan lelaki di sebuah kelab, kira-kira 4 pagi.

Menurutnya, mangsa kononnya didakwa mengambil telefon bimbit milik seorang daripada suspek, namun siasatan awal mendapati ia sebenarnya tidak diambil oleh mangsa.

Katanya, selepas perselisihan itu, mangsa dipercayai diekori ke sebuah tokong di Jelutong sebelum diserang kira-kira tujuh individu.

“Seorang penjaga tokong berusia 64 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut diserang dalam kejadian berkenaan.

“Kejadian menyebabkan mangsa putus jari telunjuk manakala penjaga tokong terbabit putus jari kelingking,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan enam lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 38 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian termasuk sebilah parang, pakaian yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian, enam telefon bimbit, dua motosikal dan sebuah kereta bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 22 hingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B akta sama.

“Kita turut mengenal pasti identiti tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

“Polis juga sedang menyiasat kemungkinan pembabitan suspek dalam kegiatan gengsterisme dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order