Dakwaan ketirisan jutaan ringgit itu dibuat oleh Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup), minggu lalu.Dakwaan ketirisan jutaan ringgit itu dibuat oleh Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup), minggu lalu.

SPRM siasat dakwaan ketirisan RM53 juta pindah Dara, Amoi dan Kelat ke Jepun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Dara, Amoi dan KelatNasib tiga gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat menjadi perhatian rakyat susulan gambar tular. (Gambar MPT)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Agensi antirasuah itu berkata siasatan turut meneliti sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan ketirisan RM53 juta seperti didakwa Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup), minggu lalu.

Menurutnya, siasatan menumpukan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Serta ejen terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK),” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan menumpukan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

“Serta ejen terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK),” katanya.

Hidup pada 18 Jun lalu menggesa SPRM menyiasat pemindahan DAK dan mendakwa ada bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan, selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta.

“SPRM turut menyiasat berhubung dakwaan ketirisan tersebut serta meneliti sama ada wujud sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan berkenaan,” katanya.

SPRM menegaskan siasatan masih di peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan boleh menjejaskan proses siasatan sedang berlangsung,” katanya.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, sebelum ini dilaporkan berkata penghantaran Dara, Amoi dan Kelat bukan urus niaga komersial, sebaliknya sebahagian daripada kerjasama rasmi antara Zoo Taiping & Night Safari dan Zoo Tennoji.

Bagaimanapun, gambar tular di media sosial mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai kebajikan Dara, Amoi dan Kelat serta keadaan zoo berkenaan.

Pada 6 Mei lalu, Zoo Tennoji menyiarkan satu siri gambar tiga gajah itu yang didakwa menunjukkan haiwan berkenaan berada dalam keadaan baik.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order