Tentera darat berkata latihan itu membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri.Tentera darat berkata latihan itu membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri.

2 askar terbunuh ketika latihan baling grenad

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tentera Darat dalam kenyataan berkata insiden berlaku semasa latihan membaling grenad membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri di Kem Hobart di Gurun, Kedah. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Tentera darat mengesahkan dua anggotanya maut terkena bom ketika menjalani latihan membaling grenad membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri.

Cawangan Komunikasi Strategi Tentera Darat dalam kenyataan berkata insiden berlaku kira-kira 10.57 pagi semasa latihan membaling grenad membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri di Kem Hobart di Gurun, Kedah.

Katanya, dua anggota yang terlibat adalah Norazmi Abu Bakar berpangkat Koperal daripada 6 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Siti Khadijah Sungip berpangkat Prebet daripada 1 Skuadron RAJD.

“Kedua-dua anggota dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Jenazah akan dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat,” kata kenyataan itu.

Katanya, Panglima Tentera Darat, Azhan Md Othman mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Beliau juga memberi jaminan bahawa segala aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi tentera darat.

“Azhan juga menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan dua warganya dan menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan mereka bertabah dengan dugaan atas kehilangan orang tersayang,” kata kenyataan itu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel