Ahli majlis kerja tertinggi Umno dari Johor itu berkata di peringkat negeri, BN dan PAS ‘tidak suka PH’, namun keadaan berbeza di peringkat persekutuan.Ahli majlis kerja tertinggi Umno dari Johor itu berkata di peringkat negeri, BN dan PAS ‘tidak suka PH’, namun keadaan berbeza di peringkat persekutuan.

Tiada pakatan dengan PAS, tapi musuh kami sama, kata Nur Jazlan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ahli Majlis Kerja TertinggiNur Jazlan Mohamed berkata BN turut mengharapkan sokongan lebih besar daripada pengundi India, khususnya mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi PH di kerajaan persekutuan.

JOHOR BAHRU: Seorang pemimpin Umno menyambut baik seruan PAS supaya penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN, namun menegaskan tiada sebarang pakatan rasmi antara kedua-dua gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Nur Jazlan Mohamed berkata sokongan PAS itu hanya membabitkan hakikat kedua-duanya mempunyai musuh politik yang sama dalam PRN 11 Julai depan, iaitu Pakatan Harapan (PH).

“Kami dituduh mempunyai perjanjian rasmi atau hubungan tersusun dengan PAS untuk PRN ini. Tetapi saya boleh katakan, ia hanya kerana kami mempunyai musuh yang sama.

“PAS tidak suka PH. Bagi BN di Johor pun, kami juga tidak suka PH.

“Di peringkat persekutuan, itu cerita lain,” kata ketua Umno Pulai itu kepada FMT.

Nur Jazlan mengulas seruan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli dan penyokong parti itu mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN.

BN dan PH bertanding di semua 56 kerusi DUN, manakala PN hanya meletakkan calon di 33 kerusi.

Sebanyak 14 kerusi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PH, iaitu Buloh Kasap, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Parit Yaani, Penggaram, Machap, Mengkibol, Tanjung Surat, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas dan Kukup.

Sembilan lagi kerusi iaitu Mahkota, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Larkin, Perling, Kempas, Skudai, Bukit Batu dan Senai, menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru turut membabitkan Parti Bersama Malaysia, Muda, Parti Sosialis Malaysia dan calon bebas.

Nur Jazlan berkata seruan Tuan Ibrahim itu sudah tentu memberi kelebihan kepada BN, termasuk kemungkinan lebih banyak undi Melayu kembali kepada gabungan diterajui Umno itu.

“Oleh kerana kami mempunyai musuh yang sama, kami mengalu-alukan undi daripada penyokong PAS,” kata bekas Ahli Parlimen Pulai itu.

Beliau berkata BN juga mengharapkan sokongan lebih besar daripada pengundi India, khususnya mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi PH di kerajaan persekutuan.

Mengulas berkenaan kerusi DUN Perling, Nur Jazlan berkata empat tahun lalu beliau mencadangkan MIC meletakkan B Pannir Selvam, memandangkan kerusi campuran itu mempunyai jumlah pengundi Cina yang sedikit lebih besar.

Bagaimanapun, kerusi berkenaan ketika itu diperuntukkan kepada MCA. Pannir Selvam dipilih bertanding di Perling pada pilihan raya kali ini.

“Saya melihat jumlah penduduk India di situ semakin meningkat dan ada keperluan untuk wakil India yang lebih formal di Perling,” katanya.

Berdasarkan data 2022, pengundi Cina merangkumi 46% daripada keseluruhan pengundi di Perling, diikuti Melayu 38%, India 13% dan lain-lain 3%. Kerusi Perling dikuasai DAP sejak ia diwujudkan pada 2018.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002728
$0.00002728$0.00002728
+3.88%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.