Bekas timbalan pengerusi SPR anggar kos PRN Johor antara RM120 juta hingga RM130 juta, dan sekitar RM70 juta hingga RM80 juta bagi NS.Bekas timbalan pengerusi SPR anggar kos PRN Johor antara RM120 juta hingga RM130 juta, dan sekitar RM70 juta hingga RM80 juta bagi NS.

Boleh jimat sehingga RM30 juta jika PRN Johor, N Sembilan serentak

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Wan Ahmad Wan OmarBekas timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata, PRN serentak boleh jimatkan kos dan tidak jemukan masyarakat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpotensi menjimatkan antara RM20 juta hingga RM30 juta sekiranya PRN Johor dan Negeri Sembilan diadakan serentak, menurut bekas timbalan pengerusi.

Wan Ahmad Wan Omar menganggarkan, jika diadakan berasingan, kos mengendalikan PRN Johor antara RM120 juta hingga RM130 juta, manakala sekitar RM70 juta hingga RM80 juta bagi PRN Negeri Sembilan.

Menurutnya, antara faktor yang menentukan kos pilihan raya ialah jumlah pengundi yang mempengaruhi keperluan logistik, keluasan negeri, keadaan muka bumi dan jumlah petugas SPR.

“Bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan, yang terbaik ialah jika ndibuat serentak. Kos pengurusan, latihan, pengangkutan, pencetakan, sewaan, keraian dan elaun dapat dikurangkan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, banyak badan-badan yang perlu diatur gerak apabila berlaku pilihan raya.

“Kerja SPR, polis, PBT dan agensi lain tidak perlu dilakukan berulang kali. Polis dan jabatan yang terlibat juga terpaksa meninggalkan tanggungjawab masing-masing untuk membantu pilihan raya,” jelasnya.

Wan Ahmad turut menyentuh kesan pilihan raya ke atas masyarakat.

“Kekerapan pilihan raya boleh menjemukan rakyat. Rakyat marah dan kurang berminat,” katanya.

“Terbukti dalam pilihan raya umum yang berlangsung serentak membabitkan kerusi Parlimen dan DUN, peratusan keluar mengundi adalah tinggi kerana tumpuan dan minat pengundi lebih besar.”

SPR akan bersidang bagi urusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, esok, dengan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, diikuti DUN Negeri Sembilan pada 5 Jun.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, lebih banyak penjimatan boleh dibuat sekiranya pilihan raya serentak turut melibatkan DUN lain yang akan tamat penggal.

“Kos perbelanjaan boleh dijimatkan lagi jika negeri-negeri yang tempoh DUN mereka akan tamat dalam masa terdekat turut diadakan pilihan raya secara serentak,” katanya.

Penggal DUN Melaka akan berakhir pada 30 Dis tahun ini, manakala penggal DUN Sarawak dijangka berakhir pada Februari tahun depan.

Market Opportunity
SuiNS Logo
SuiNS Price(NS)
$0,01163
$0,01163$0,01163
+0,86%
USD
SuiNS (NS) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage