Shukriyah Abu Bakar, 58, maut dirempuh motosikal ketika melintas jalan bersama empat ahli keluarganya, termasuk bayi, awal pagi tadi.Shukriyah Abu Bakar, 58, maut dirempuh motosikal ketika melintas jalan bersama empat ahli keluarganya, termasuk bayi, awal pagi tadi.

Pejalan kaki maut dirempuh motosikal

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hanyan ramlanKetua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan bersama empat ahli keluarganya, termasuk seorang bayi, di Sungai Petani awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian berlaku di KM7.3 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil berhampiran Taipan Square Bandar Puteri Jaya, pada 7 pagi tadi, membabitkan seorang penunggang motosikal dan lima pejalan kaki.

“Penunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat berniaga dan tidak sedar ada pejalan kaki di bahu jalan.

“Jarak yang dekat menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Mangsa, Shukriyah Abu Bakar, 58, disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang lagi mangsa Siti Aishah Sha’ari, 24, cedera pada bahagian tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.