Pengerusi BN Johor itu berkata kritikan Puad Zarkashi terhadap dirinya hanya pandangan peribadi.Pengerusi BN Johor itu berkata kritikan Puad Zarkashi terhadap dirinya hanya pandangan peribadi.

Orang Rengit tak ikut gesaan Puad, kata Onn Hafiz

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad Zarkashi Onn Hafiz GhaziPuad Zarkashi sering mengkritik Onn Hafiz Ghazi sejak pengumuman calon BN, pada minggu lalu.

BATU PAHAT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi berkata serangan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi terhadap Umno dan dirinya tidak menjejaskan sokongan kepada parti khususnya di DUN Rengit.

Beliau menyifatkan kenyataan Puad termasuk dakwaan terhadapnya mengelak berdebat serta menggesa pengundi Rengit menangguhkan sokongan kepada BN sebagai pandangan peribadi semata-mata.

“Majoriti penduduk di sini tak ikut pun (gesaan Puad),” katanya selepas menyampaikan amanat kepada jentera BN di Rengit.

Semalam, Puad mendakwa Onn Hafiz ‘takut’ berdebat dengan Maszlee Malik selepas pengerusi BN Johor itu berkata debat bukan pendekatan sesuai dalam budaya politik negeri berkenaan.

Puad berkata alasan ‘bertikam lidah’ atau berdebat bukan cara Johor tidak wajar digunakan untuk menolak cadangan itu.

Terbaru hari ini, Puad menggesa pengundi di kawasan itu menangguhkan sokongan kepada BN sehingga kerajaan Johor menyelesaikan isu bekalan air dan benteng pecah di Kampung Berong Lau.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata beliau memahami perjuangan yang dibawa Puad, namun menegaskan perjuangan parti tidak seharusnya berlandaskan kepentingan individu tertentu.

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan sikap bekas Adun Rengit, Ayub Jamil yang menurutnya tidak pernah merajuk atau mengkritik parti walaupun tidak dicalonkan sebelum ini.

“Kita tahu apa yang dia nak perjuangkan ialah anak dia. Namun perjuangan ini bukan tentang mana-mana individu. Dia nak serang saya, dia seranglah,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.000027
$0.000027$0.000027
+2.81%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.