Syarikat hartanah dan pembinaan itu kemuka saman terhadap dua defendan berkait hantaran dalam talian mengenai perobohan dan pembangunan semula Stadium Shah AlamSyarikat hartanah dan pembinaan itu kemuka saman terhadap dua defendan berkait hantaran dalam talian mengenai perobohan dan pembangunan semula Stadium Shah Alam

MRCB dapat penghakiman persetujuan terhadap aktivis, saman ke atas blogger berjalan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
stadium shah alamMRCB mendakwa hantaran mengenai projek perobohan dan pembangunan semula Stadium Shah Alam itu merupakan satu bentuk sabotaj ekonomi dan menjurus kerugian kepadanya. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memperoleh penghakiman persetujuan terhadap seorang daripada defendan dalam saman tuntutannya yang mendakwa wujudnya konspirasi menyebabkan kerugian ekonomi melalui hantaran dalam talian berhubung perobohan dan pembangunan semula Stadium Shah Alam.

Memetik Malay Mail Online, MRCB bertindak menyaman aktivis Abdul Razak Ismail dan penulis blog Murray Hunter berhubung siri hantaran diterbitkan dalam talian berkait projek perobohan dan pembangunan semula stadium itu.

Syarikat hartanah dan pembinaan itu mendakwa penerbitan dalam talian berkenaan merupakan satu bentuk sabotaj ekonomi dan justeru menyebabkan kerugian kepadanya.

Penyelesaian dengan Razak dicapai di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu, selepas dia diperiksa balas oleh peguam MRCB, Selva Mookiah, di mana prosiding kemudiannya ditangguhkan seketika dengan defendan bersetuju dengan penghakiman persetujuan tersebut.

Di bawah terma direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Rajah, Razak bersetuju dengan injunksi kekal yang melarangnya daripada menerbit atau menerbitkan semula dakwaan yang menjadi subjek saman berkenaan.

Beliau juga memberi akujanji menurunkan semua hantaran berkaitan dalam tempoh 72 jam, mengelak daripada mengulangi dakwaan serta tidak berkonspirasi dengan Hunter atau mana-mana pihak lain berhubung penerbitan dakwaan serupa berkaitan perkara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding, Selva berkata, Hunter yang dipercayai berada di Thailand, disaman tanpa kehadiran dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding tersebut.

Mahkamah menetapkan 10 Julai bagi penghujahan oleh MRCB berhubung tuntutannya terhadap Hunter, dengan keputusan penghakiman dijadualkan pada 17 Julai.

MRCB mengambil maklum bahawa pihaknya sebelum ini pernah terlibat dalam prosiding undang-undang dengan Razak berkaitan projek Stadium Shah Alam itu.

Pada 2023, Razak telah memohon maaf dan bersetuju menarik balik kenyataan diterbitkan dalam satu kenyataan media dan di media sosial, sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan dalam tindakan saman fitnah difailkan syarikat berkenaan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order