Menteri Khaled Nordin kata Kementah guna peruntukan dalam kontrak untuk melindungi kepentingan kerajaan.Menteri Khaled Nordin kata Kementah guna peruntukan dalam kontrak untuk melindungi kepentingan kerajaan.

Menteri sangkal dakwaan kontrak NSM tiada klausa lindung kepentingan Malaysia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
khaled nordinMenteri Khaled Nordin kata kontrak dengan KDA mengandungi peruntukan yang membolehkan kerajaan ambil tindakan sekiranya berlaku kegagalan pelaksanaan kontrak atau pelanggaran obligasi.

PETALING JAYA: Menteri pertahanan menyangkal dakwaan kontrak perolehan peluru berpandu antikapal dengan syarikat Norway tiada klausa yang melindungi kepentingan Malaysia.

Khaled Nordin menerangkan kepada Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) bahawa kontrak dengan Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) itu mengandungi peruntukan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan sekiranya berlaku kegagalan pelaksanaan kontrak atau pelanggaran obligasi oleh pihak yang berkenaan.

“Dakwaan bahawa kontrak tersebut tidak mempunyai klausa yang melindungi kepentingan Kerajaan adalah tidak tepat,” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.

“Kementerian sedang menggunakan peruntukan yang tersedia dalam kontrak untuk melindungi kepentingan kerajaan, termasuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan semula bayaran serta ganti rugi yang berkaitan.”

Kerajaan Norway dilapor menarik balik lesen eksport ‘Naval Strike Missile’ (NSM) kepada Malaysia dan sistem pelancar berkaitan atas alasan melindungi keselamatan negara itu.

Menurut laman web KDA, kontrak perolehan NSM dimeterai dengan tentera laut pada April 2018 bernilai €124 juta (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal tempur pesisir.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kementerian Pertahanan menghantar notis tuntutan berjumlah kira-kira RM1 bilion kepada syarikat berkenaan.

Hassan dalam pertanyaan meminta menteri menyatakan kenapa kontrak antara tentera laut dengan KDA tidak ada klausa yang melindungi kepentingan Malaysia.

Beliau juga bertanya mengapa kerajaan melepaskan bayaran penuh nilai kontrak RM571.9 juta terlalu awal.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan telah menjelaskan bayaran mencecah 95% daripada jumlah kontrak keseluruhan, menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Menjawab pertanyaan Hassan, Khaled menerangkan bahawa pembayaran yang dibuat kepada syarikat pembekal adalah bukan bayaran pendahuluan.

Pembayaran sebaliknya dilaksanakan mengikut terma kontrak berdasarkan kemajuan kerja yang telah disahkan.

“Pada ketika pembayaran dibuat, semua sistem NSM telah siap dihasilkan, berjaya melepasi ujian yang ditetapkan oleh tentera laut serta berada dalam keadaan sedia untuk dihantar ke Malaysia.

“Justeru, pembayaran dibuat selaras dengan syarat kontrak, bukannya secara pendahuluan tanpa kemajuan fizikal,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000256
$0.0000256$0.0000256
-5.18%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.